Wednesday, June 15, 2016

NEVER LOOK BACK





Assalammualaikum semua , apa khabar ? Wah! pejam celik pejam celik dah puasa kan kita ? Kejap ja masa tu datang. Nanti nak raya pulak kan , duit raya pun mesti dapat kan ? Puasa bagi penuh tau! hihi.. Okay , sekian lama puteri tak update blog ni kini puteri kembali. Apa yang boleh puteri katakan kat sini la tempat puteri nak berkongsi atau nak menceritakan sesuatu pengalaman pahit manis yang pernah puteri lalui. Meskipun puteri berumur 18 tahun , banyak juga apa yang pernah alami dalam hidup puteri. Dalam kehidupan , apa yang penting "Jangan cepat putus asa" "Berfikiran positif" "Maju ke hadapan".. Sekali kita melangkah untuk maju ke hadapan , jangan sesekali toleh ke belakang. Sebab mungkin kalau kita toleh ke belakang akan memberi kesan yang negatif. Zaman dulu dan sekarang dah berbeza. Peluang takkan datang cari kita tapi kita yang kena cari peluang tersebut. Nak jadi yang terbaik ni bukan senang. "Tapi tak jadi yang terbaik dapat jadi baik pun dah okay. Betul tak ?" Yes , memang okay tapi kita nak yang lagi baik yang lagi bagus yang lagi hebat. Kiranya macam ni la ya , baru-baru ni saya ada join satu tournament , ada yang datang dari Perak , ada yang datang dari Selangor , kiranya setiap negeri lah ada. Sebelum nama puteri diumumkan untuk masuk ke dalam arena , puteri ada berbual dengan Master. "Master , kalau saya tak dapat pingat emas tapi dapat perak pun kira dah okay kan" "Yes , memang okay. Tapi peluang kita untuk dapat sesuatu benda tu memang dah ada depan mata , jangan dilepaskan. Set dekat minda kita , berfikiran positif bukan negatif. Kita nak orang yang tunduk dekat kita bukan kita yang tunduk dekat orang lain." Perasaan masa tu memang terlalu nervous. Sampaikan nak minum makan semua taknak. Ha kiranya situasi ni sama macam situasi yang saya katakan tadi. Biar sekarang kita bodoh di mata orang , yang penting jangan give up. Always think positive and never look back! Orang nak cakap kita buat buat pandai? Biarkan ja orang macam tu. Kalau kita asyik fikir apa yang orang sekeliling cakap memang kita takkan maju.  Buat kerana Allah S.W.T , IBU BAPA. Restu bukan saja daripada ibu bapa yang perlu kita minta , tapi Restu ALLAH yang paling penting. Anda adalah yang terbaik dikalangan orang yang terbaik "Be as bright as you can be".. Best of luck ! Assalammualaikum..