Wednesday, June 15, 2016

NEVER LOOK BACK





Assalammualaikum semua , apa khabar ? Wah! pejam celik pejam celik dah puasa kan kita ? Kejap ja masa tu datang. Nanti nak raya pulak kan , duit raya pun mesti dapat kan ? Puasa bagi penuh tau! hihi.. Okay , sekian lama puteri tak update blog ni kini puteri kembali. Apa yang boleh puteri katakan kat sini la tempat puteri nak berkongsi atau nak menceritakan sesuatu pengalaman pahit manis yang pernah puteri lalui. Meskipun puteri berumur 18 tahun , banyak juga apa yang pernah alami dalam hidup puteri. Dalam kehidupan , apa yang penting "Jangan cepat putus asa" "Berfikiran positif" "Maju ke hadapan".. Sekali kita melangkah untuk maju ke hadapan , jangan sesekali toleh ke belakang. Sebab mungkin kalau kita toleh ke belakang akan memberi kesan yang negatif. Zaman dulu dan sekarang dah berbeza. Peluang takkan datang cari kita tapi kita yang kena cari peluang tersebut. Nak jadi yang terbaik ni bukan senang. "Tapi tak jadi yang terbaik dapat jadi baik pun dah okay. Betul tak ?" Yes , memang okay tapi kita nak yang lagi baik yang lagi bagus yang lagi hebat. Kiranya macam ni la ya , baru-baru ni saya ada join satu tournament , ada yang datang dari Perak , ada yang datang dari Selangor , kiranya setiap negeri lah ada. Sebelum nama puteri diumumkan untuk masuk ke dalam arena , puteri ada berbual dengan Master. "Master , kalau saya tak dapat pingat emas tapi dapat perak pun kira dah okay kan" "Yes , memang okay. Tapi peluang kita untuk dapat sesuatu benda tu memang dah ada depan mata , jangan dilepaskan. Set dekat minda kita , berfikiran positif bukan negatif. Kita nak orang yang tunduk dekat kita bukan kita yang tunduk dekat orang lain." Perasaan masa tu memang terlalu nervous. Sampaikan nak minum makan semua taknak. Ha kiranya situasi ni sama macam situasi yang saya katakan tadi. Biar sekarang kita bodoh di mata orang , yang penting jangan give up. Always think positive and never look back! Orang nak cakap kita buat buat pandai? Biarkan ja orang macam tu. Kalau kita asyik fikir apa yang orang sekeliling cakap memang kita takkan maju.  Buat kerana Allah S.W.T , IBU BAPA. Restu bukan saja daripada ibu bapa yang perlu kita minta , tapi Restu ALLAH yang paling penting. Anda adalah yang terbaik dikalangan orang yang terbaik "Be as bright as you can be".. Best of luck ! Assalammualaikum..

Thursday, February 4, 2016

Forget the past and Move forward !

Assalammualaikum semua ! Apa khabar ? sihatkah ? dah makan ? Hee , harap semua nya okay la noh ? hehe , hmm harini nak cakap pasal apa ya ? Haha , ok.. cuma puteri sekarang agak keliru dengan sendiri lah kan , kadang kadang apa yang puteri buat ni sebenarnya salah ka? Hm , peramah sangat pun payah , tak peramah cakap sombong pulak. Ayaaa , tak tahu sebenarnya nak buat macam mana sekarang. Kadang kadang rasa macam nak marah pun ada lah , tapi adakah dengan cara marah semuanya akan menjadi mudah ? akan menjadi selesai ? Nak buat sesuatu benda hendaklah menggunakan akal bukan hati. Okay semua , baru baru ni lah kan puteri ada pergi sekolah , tolong coach ajar taekwondo dekat sana , so masa nak balik tu lepak kejap la dengan seorang hamba Allah ni. Then ada la ayat yang menyakitkan tu keluar dari mulut dia , So sorry.. Aku mungkin takkan jadi macam dulu. sebab ? hee , sebab sekali aku dah percayakan seseorang , memang aku akan percaya. tapi , sekali kau dah musnahkan kepercayaan tu , mungkin tiada peluang yang kedua. Peluang kedua takkan sesekali sama dengan peluang yang pertama. Walaupun aku bagi peluang kedua tu , mungkin persahabatan kita takkan jadi akrab macam dulu..You make a problem , Find a way to solve it. Aku lebih rela hidup seorang diri tetapi dekat dengan Allah. Kawan memang penting dalam hidup aku. Tapi aku tahu , Allah menentukan segalanya demi masa depan aku. "Kawan ibaratkan bintang , Kita tak selalu bersama dengan mereka , tetapi kita tahu yang mereka sentiasa menerangi dan ada bersama kita" Jadi saya terima semua yang berlaku. Sama ada baik atau yang buruk :) Hidup ni macam anak panah :) Kita dah ada sasaran , tepat tepat dengan sasaran tu. Kita dah aim bagus dekat sasaran tu , tapi bila dibawa angin , anak panah tu menyimpang jauh dengan sasaran tersebut. Lain yang dikenang , lain yang kita dapat. Suka atau tidak terpaksa kita kena terima dengan hati yang ikhlas. Walau apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan! Never reverse , never look back , never brake! That's racing.. Jumpa lagi semua :) Bye! Assalammualaikum..

Monday, January 18, 2016

"PERANCANGAN"

Assalammualaikum semua :) Alhamdulillah , diberi kesempatan hingga ke hari ini yaa.. apa khabar semua ? sihatkah ? lama tak dengar cerita noh , haha.. maklumla , semua dah buat haluan masing masing dan focus untuk apa yang inginkan. betul ? hee ;')Yaa , hari ini saya akan kongsi kan sedikit cerita mengenai kisah hidup saya ;) Setiap orang pernah ada bukan kisah hidup yang terdahulu ? sapa tak pernah nakal dalam dunia ni ;) Cuma bila kita dah besar , kita dah boleh fikir semua tu dengan matang. Mana baik kita ambil , mana buruk kita tinggalkan.. cuma hidup ni biasalah , kadang kadang kita dipermainkan kadang kadang kita mainkan orang :) haaa , kena faham tu maksud tu ;) Okay , balik kepada tajuk "PERANCANGAN" Hidup ni kita kena ada matlamat. sebenarnya , tak salah kalau kita nak berangan , tapi kalau boleh buktikan kepada semua orang yang angan angan kita boleh menjadi realiti ;) Walaupun kita tahu tahap keupayaan kita sebenarnya setakat mana. Tapi kalau kita usaha tak mustahil kan nak dapat benda yang kita angan angan tu ? :) Teacher Zanifa pernah bagi ayat ni dekat puteri "Set Your Goal , And Goal For It !" so sampai sekarang lah puteri masih gunakan ayat teacher sebagai semangat untuk berjaya :) ramai orang cakap , untunglah kan jadi macam puteri sebab ramai kawan , dan sebagainya. Actually , tak untung juga :) nak cari kawan baik tu senang , tapi nak cari sahabat belum jumpa. Dah jumpa tapi ditikam dari belakang :) sebenarnya sayang sangat nak akhiri persahabatan dengan kawan yang kita dah kawan bertahun tahun. Tapi semua tu telah ditakdirkan oleh Allah. Apa saja yang berlaku pasti ada hikmah. Jadi puteri terima dengan hati yang ikhlas... Assalammualaikum semua :)

Tuesday, July 14, 2015

Sedikit kongsi :)

Assalammualaikum , hye guys ;) sihat ? huhu , sekarang ni puteri nak kongsi sikit la cerita sikit ttg kisah hidup puteri. Hm , kalau fikirkan ramai lagi hidup yg lebih susah. tapi biasalah ,hidup tanpa dugaan mmg tiada. Apa pun kita kena smngat! So , life puteri alhamdulillah. dengan adanya mama dan walid puteri dapat meneruskan kehidupan puteri. Diorang la yg bnyak bg sokongan dan dorongan! and i'm the eldest pulak kan. mmg kena tunjuk contoh yg baik lah kan untuk adik. Harapan keluarga pulak tu. Hm , agak stress. but nevermind. demi parents , puteri akan trus berusaha dan berusaha shingga berjaya. in shaa Allah :) Tak mudah untuk kita terus berubah menjadi yang lebih baik dengan sekelip mata. Ada dugaannya dan ada cabaran yg perlu kita tempuhi. Kadang-kadang pernah juga terfikir yang hidup ni kalau kita buang masa tu dengan perkara yg sia sia pun tak guna. Rasa rugi pun ada. Dan saya sangat menyesal. Hm , Dan sangat kesal juga bila saya main-main masa belajar. In shaa Allah , kalau tiada rezeki disini , mungkin pada masa yang akan datang ada rezeki :) amin.. Tapi kalau puteri berjaya , puteri pun nak kawan-kawan puteri berjaya. semua orang yg puteri sayang puteri nak berjaya. Pernah saya berbual dengan sorang hamba Allah ni , saya cakap "Aku nak terbang! aku nak bebas.Jom terbang weh ;D" dan dia pun cakap "Ada satu cara ja weh kau nak terbang :) Kau belajar tinggi-tinggi sampai kau berjaya. bila kau dah berjaya , janga lupa parents kau. Dan lepas kau dpat result , kalau kau dpat rsult yg cemerlang bermakna kau boleh terbang dengan tangan kau sendiri. dengan ilmu yang kau ada kau mampu untuk terbang kemana saja yang kau mahu. So kalau kau nak terbang , Do it! And don't Give Up!" In shaa Allah , dengan izinNya :') Master aku pernah cakap dekat aku , "Bercinta dengan buku, tackle buku , sayangi buku. baru kita dpat belajar dengan mudah" Dan bila kita cuba untuk jadi baik , In shaa Allah , Allah akan bantu. tetapi niat kerana "Lillahita'ala" Jadi cukup la setakat ni perbualan kita. Ada masa , puteri akan update. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada terkasar bahasa dan perlakuan. bye semua. Assalammualaikum :)